Salam & Selawat ke atas Baginda Nabi SAW.....
p/s: saya tak dapat apa2 komisyen ye.......marilah bersama2 kita pupuk rasa cinta pada Nabi SAW....tak kenal maka tak cinta.
Nabi Muhammad SAW adalah merupakan anak kepada pasangan Siti Aminah dan Abdullah. Ayah Nabi SAW meninggal dunia sebelum Baginda dilahirkan lagi. Nama Baginda SAW telah diberikan oleh Abdul Muttalib iaitu datuk Baginda. Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Suwaibah iaitu hamba yang dibebaskan oleh Abu Lahab dan juga Halimah Saaidah iaitu daripada suku Saad.
Ibu Baginda SAW meninggal dunia semasa Baginda berumur 6 tahun dan kemudian dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib. Pada umur 8 tahun, Abdul Muttalib meninggal dunia dan Muhammad SAW dijaga pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda menikahi Siti Khadijah pada usia 25 tahun. Hasil pernikahan ini telah mengurniakan 6 orang anak iaitu Qasim,Abdullah,Ruqayah,Zainab,Ummu Kalthum dan Fatimah.Manakala Ibrahim adalah anak yang dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemua anak-anak lelaki Baginda meninggal dunia sejak kecil lagi. Sebaliknya,anak-anak perempuan hidup sampai ke zaman Islam. Nabi Muhammad hanya mempunyai 1 isteri sebelum meninggalnya Siti Khadijah. ......
Nak Tahu lebih lanjut dan detail lagi mengenai Kekasih Agung ini, sila dapatkan buku Biografi Muhammad bin Abdullah .Sangat menarik dengan cara tulisan yang santai, alar-alar novel gitu ;)
p/s: saya tak dapat apa2 komisyen ye.......marilah bersama2 kita pupuk rasa cinta pada Nabi SAW....tak kenal maka tak cinta.
