Monday, 23 January 2012

Senario Iman

Senario 1:

Keluarga Abu tu semuanya baik-baik belaka. Ayahnya seorang yang alim dan wara' dalam agama dan amat menitik beratkan islam dalam mengemudi keluarganya. Semua anak-anaknya berjaya menjadi orang-orang yang soleh dan berjaya tapi mengapa Abu tidak seperti adik-beradiknya yang lain. Abu pernah dilihat berada di sekitar kelab malam dan dengar cerita selalu meneguk air arak.Aisyh macam mana boleh jadi macam itu? Ayah punya wara' anak macam setan (maaf ayat kasar tapi norm digunakan umum)

Senario 2:

Ibu Nani adalah merupakan seorang pelacur manakala ayahnya tidak pernah Nani kenali. Secara dasarnya, pada pandangan khalayak Nani adalah anak haram yang jijik dan keji. Mana mungkin anak kepada seorang pelacur akan menjadi seorang yang baik.Mak borek anak mesti rintik punya.Segala yang berkait dengan Nani adalah haram.Namun menjadi satu kepelikan pada masyarakat kerana Nani bukan sahaja berjaya menjadi seorang doktor malah mempunyai akhlak yang baik dan pengetahuan agama yang mantap.Nani juga merupakan pakar motivasi dalam mendidik anak-anak yang telanjur.Semua penduduk setempat berasa hairan...



Hairankah anda semua? Adakah senario ini merupakan kepelikan untuk ianya terjadi? Tidak....ia tidak pelik! sebab apa saya berkata begitu? Pernah tak korang selak-selak sirah nabi-nabi? Cer tengok jap...Korang mesti tahukan ayah Nabi Ibrahim merupakan seorang pembuat patung berhala manakala Nabi Ismail dan Nabi Ishak merupakan anak-anak kepada seorang nabi (Ibrahim as)...Walaupun ayah Nabi Ibrahim pembuat berhala tapi Nabi Ibrahim bukan turut serta sebaliknya sentiasa mencari-cari Tuhan Yang Satu sehinggalah baginda menjumpainya.Satu lagi sirah adalah mengenai Nabi Nuh,baginda adalah merupakan utusan Allah tapi anak Baginda tidak mengikut ajaran bapanya itu.Pernah tak korang terfikir hikmah tersirat daripada situasi ini. Bagi pendapat saya dengan ilmu yang sangat cetek ini, saya merasakan Allah ingin menunjukkan bahawa iman itu bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi daripada keturunan tapi ia perlu diusahakan dan juga atas rahmat Allah.Macam mana sekarang? Hidayah itu milik Allah terpulang pada Nya kepada siapa yang hendak diberi Nya. Apa yang patut kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha walaupun adakalanya kita culas tapi jangan berputus asa dengan Nya. Tidak mungkin dapat kita makan isi durian jika kita tak berusaha membuka kulit durian.




p/s: berusaha dan berdoa agar Hidayah itu diberi kepada kita.Walaupun kita berulang kali melakukan kesilapan tidak bermakna kita perlu tarik diri dalam usaha ini dan tidak bermakna juga Allah sudah tidak mempedulikan kita lagi.Ingat Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Menerima Taubat.Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya. Mana tahu pada masa kita memohon ampun daripadaNya dan pada masa itu juga Allah mengambil nyawa kita berbanding kita terus-menerus melakukan kesilapan tanpa meminta ampun padaNya.Nauzubillah.Moga Allah mengambil nyawa ini dalam keadaan Dia redha dan kasih pada kita.Amin.



Sunday, 22 January 2012

3rd View

Dunia masa kini amat mengelirukan.Semua orang ingin memperjuangkan agenda masing-masing.Perjuangan bangsa,perjuangan rakyat,perjuangan keadilan,perjuang hak kebebasan mahasiswa,perjuangan bahasa dan beribu lagi jenis perjuangan.Pokok pangkalnya,semua ingin BERJUANG! hmmmm....pelik dan benar! Terlampau banyak lambakan perjuangan sepertimana lambakan cd cetak rompok suatu ketika dahulu. Mengapa mereka berjuang? Adakah kerana diri sendiri @ kerana rakyat @ kerana mencari populariti @ kerana agama? Perlukah mereka sentiasa bertikam lidah sedangkan mereka dalam sebuah negara yang sama di atas dunia yang satu. Tambahan lagi untuk masyarakat islam khasnya, kita adalah saudara diantara satu dengan yang lain. Potong jari kaki seluruh tubuh badan terasa sakit. Nanti,ada pula yang mempersoalkan bahawa perselisihan pendapat merupakan hikmah daripada Allah.Ya memang benar tapi tidaklah sampai sehingga membawa kepada perpecahan atau kemudaratan.Malahan, perkara yang medatangkan mudarat boleh jatuh kepada haram.. Tujuan perbezaan pendapat (selain daripada akidah) adalah untuk mendapat manfaat daripadanya.Nah,sekarang cuba kita imbas kembali apakah perselisihan faham yang kita alami sekarang memberi manfaat pada kita?


Dunia...dunia...dunia. Pasti kau berasa letih terpaksa menampung manusia yang suka berbalah di antara satu sama lain untuk kepentingan politik semata-mata atau bahasa kasarnya untuk 'tempolok sendiri' sahaja. Oh Dunia! pasti kau juga merasa sedih kerana islam seperti anak tiri di atas badan mu.Islam hanya digunakan sebagai 'pewangi' untuk perjuangan.Dunia oh dunia,apakah rakyat palastine yang saban tahun dizalimi itu bukan saudara kita?Apakah kita hanya perlu sibuk dengan perjuangan kita di sini hingga melupakan mereka di sana?Sedangkan perjuangan mereka lebih besar dan suci daripada kita.Mereka memperjuangan negara mereka,masjid kita dan paling utama AGAMA KITA!!! daripada yahudi laknatullah. Sedangkan kita di sini sibuk memperjuangkan hak-hak yang entah apa2 sedarkah anda bahawa keadaan kita ini memberi keuntungan yang sangat besar kepada orang kafir terutamanya Zionis dan Amerika!!Mereka bimbang kita akan menjadi ancaman,maka mereka wujudkan pelbagai bentuk dakyah untuk menjauhkan kita daripada islam.Bagaimanakah @ Apakah @ Siapakah dalang mereka?Terpulanglah pada tafsiran anda semua.Apabila umat islam bersatu dan islam menjadi teras utama nadi perjuangan maka pada saat itu percayalah kita akan menjadi sangat kuat dan akan digeruni oleh orang kafir ini.



p/s: artikel ini bukan ditujukan untuk sebelah pihak sahaja tapi lebih bertujuan kepada semua dan bersifat umum.Pada pendapat saya,alangkah manis sekiranya kita mencari titik kesamaan dalam perjuangan.Perbezaan pendapat itu lumrah tapi hendaklah datang bersama-sama sifat bertolak ansur,menghormati pandangan lain dan berfikiran terbuka. Namun,apabila perkara itu melibatkan hak Allah maka tiada perkataan 'tolak ansur' di dalamnya. Berfikirlah lebih dewasa dan matang. Walaupun kita hardcore penyokong pihak tertentu, kita perlu ingat bahawa manusia ini tidak ada yang sempurna, ada masanya pihak kita yang salah pihak satu lagi yang benar dan begitu juga sebaliknya.Tidak perlulah kita menabur kekotoran dalam pendakian ke puncak.Andaikata,ikhlas itu hadir dalam pendakian maka kita tidak akan takut untuk tersungkur.Berjuanglah untuk kemajuan negara dan terutamanya Agama, kita semua mempunyai peranan masing-masing tidak kiralah anda seorang guru,pelajar,menteri dsb kerana kita adalah KHALIFAH di muka bumi ini.


Tuesday, 17 January 2012

Karangan Saya~

(suatu petang di sebuah parking X)

melur: eh,ko tak rasa boring ke asyik2 kena tengok buku?
anggerik: rasa gak tapi nak wat macam mana dah itu keje kita sebagai seorang pelajar.
melur: xda ar sekali-sekala kita kene la rileks2 ckit barulah x stress hidup.
anggerik: kau da apa2 rancangan ke?
melur: nasib baik ko tanya...jom nak kita pergi jalan-jalan dekat gunung jerai hujung minggu ni.
anggerik: wah!!best giler rancangan ko,nak ajak sape ag??
melur: ajak teratai ngan dahlia. Jap macam x best la pulak semua daripada jenis yg sama je.TUMBUHAN!!!     boring jugak macam ni!!! Apa kata kita ajak ANIMAL gak???
anggerik: menarik2 kita ajak buaya ngan ular sawa gak la. Rose x nak ajak sekali?
melur: Malaslah ajak dia tu..

(tetiba Rose lalu...)

Rose: Korang bincang pasal apa ni??
melur: x da pape lah.hehehehe.
Rose: Aku baru je balik daripada talk Sang Kancil.So,aku nak share something ngan korang. Sang Kancil cakap "hubungan antara jenis yang berlainan perlu dibatasi dengan syarak.Kalau xda hal-hal yang penting maka elakkan daripada pergaulan itu. Contohnya,kalau perkara itu boleh dilaksanakan hanya dengan sesama jenis saja jadi x perlulah kita mengajak jenis yang satu lagi.Kalau setakat berbual kosong apatah lagi melakukan aktiviti2 bersama yang tidak memberi input secara keagamaan,ilmiah,pengetahuan atau praktikal eloklah dijauhkan kerana bimbing boleh mendatangkan fitnah atau zina. Zina ni banyak jenis tau...zina hati,zina mata,zina........"
melur: Jap2 kita orang da hal lah.
Rose: xpe lah lain kali kita sambung balik ye.

(melur dan anggerik meninggalkan lokasi tadi dengan tergesa-gesa)

melur: Rose tu baru pergi ceramah 2 ke 3 kali dah pandai2 nak tegur kita. Kita yg dah berkali-kali pergi ceramah, join usrah lah tak pernah pon nak tegur dia. Padahal, dia banyak je wat silap!!
anggerik: ntah....baru nak jadi baik sikit dah pandai2 nak menegur orang. Nasib baik ko x ajak dier join plan baik kita ni....nanti ko roger la buaya ngan ular sawa. Ajak biawak sekali gak la,dier tu kelakar gak!
melur: beres boss!!!

(di parking X tadi...)

Rose: (monolog dalaman) Bagus betul anggerik dgn melur tu..... selalu join aktiviti2 yg berkait dgn agama mesti banyak ilmu diaorang tu,compare dgn aku....haisyhhhh jauh panggang drp api. Semoga aku menjadi bunga yang baik seperti mereka.Amin.


p/s : sketsa ringkas ini tidak ada kene mengena dengan hidup dan yang mati...mana terasa tu ambil sebagai pengajaran ye.Melainkan apa yang saya hasilkan ini menyalahi agama maka tegurlah saya mungkin saya tidak tahu atau alpa. Sebenarnya ada isi tersirat yang ingin saya sampaikan tapi pada post yang berlainan lah. Panjang sangat dah ni. kadang-kala kebenaran itu pahit untuk ditelan.

Thursday, 12 January 2012

Mulut Berkata

KITA BERASA RISAU ANDAIKATA KITA GAGAL DALAM SESUATU SUBJEK TAPI KITA TERLUPA UNTUK BERASA RISAU ANDAIKATA KITA GAGAL MENJAWAB SEGALA PERTANYAAN ALLAH.


KITA BERLUMBA-LUMBA BELAJAR / MENYAMBUNG PELAJARAN DALAM BIDANG KITA DENGAN BERHARAPAN AGAR KITA MENDAPAT KERJA YANG BAIK / MENJADI TERBAIK DALAM BIDANG TERSEBUT  TAPI  KITA TIDAK PULA BERUSAHA  UNTUK MENAMBAH BAIK / MENDALAMI  ILMU AGAMA  ALLAH.

p/s: Allah adalah tujuan hidup utama kita. DaripadaNya kita datang kepadaNya kita kembali nanti. Mendalami ilmu agama bukan terhad kepada sesiapa yang ingin menjadi pendakwah sahaja. Ia adalah untuk diri kita jua. Kita adalah hamba Nya.

Keinginan Hati Kecil

Assalammualaikum,


Dah lama tak post something,dalam tempoh masa ni macam2 pergolakkn dalaman yg berlaku. Umur saya dah menjangkau 24 tahun. Maksudnya dah selama 24 tahun saya hidup di muka bumi ini.Alhamdulillah. Sejak 2-3 minggu yang lepas banyak persoalan dalaman yg berlaku pada diri saya terutamanya selepas daripada melawat proses pengkuburan arwah abg saudara saya, abg ujang.Al-fatihah. Smg Allah mengampuni dosa-dosanya.Amin.Ia amat memberi kesan kepada saya & menyedarkan saya daripada buaian tidur yg panjang. Apakah saya bersedia untuk menemui Ilahi? Sedangkan bertemu dengan Nya adalah sebaik-baik tempat yang dituju. Janji Allah itu benar! Mati itu pasti! Astagfirullah(5x).


Saya amat bersyukur pada Allah kerana Allah mencampakkn perasaan ini dlm hati kecil ini. Subhanallah Allah masih sayangkan saya. Allah tidak pernah melupakan saya, sebaliknya saya yang cuba menjauhiNya. Allahuakbar! tidak tahu bagaimana ingin saya gambarkan perasaan saya sekarang ini, Semuanya bercampur sedih kerana kejahilan diri, gembira kerana merasai kasihNya, rindu, hiba.Semuanya bercampur menjadi satu.


Iman kita ini ada masanya turun & ada masanya ia naik. Saya sendiri pernah mengalami titik terendah iman yang saya rasakan sepanjang 24 tahun ini. Beberapa tahun yang lepas saya dapat merasakan saya semacam tidak meletakkan Nya sebagai tujuan utama hidup saya, keseronokan & mengejar dunia adalah matlamat utama, saya masih solat puasa dan sebagainya tapi cuma saya tak berasa kehadiranNya,saya cuma merasa KehadiraNya apb saya ditimpa masalah sahaja. Alhamdulillah akhirnya perasaan indah ini wujud juga setelah saya cuba mencari-cari dimana pergi hilangnya perasaan itu. Alhamdulillah(5x).


Saya bukan mengatakan bahawa saya sekarang ini menjadi seorang yang sangat baik agamanya,bukan, kerana banyak benda yang perlu saya pelajari.Ilmu saya sangatlah kecil.Saya masih tengok n dengar kpop tapi kurang daripada dahulu.Memamg saya berniat ingin mengurangkan kpop & yg seumpama dengannya sehinggalah menjadi zero. Saya ingin menjadi yang terbaik dalam agama Allah ini. Jadi, kalau yang di luar sana  yang mengenali saya melihat keburukan,kemungkaran / kesalahan yang saya lakukan, maka TEGURLAH SAYA,INGATKANLAH SAYA,KATAKANLAH PADA SAYA "APA YG INGIN KAU BAWA BERJUMPA DENGAN ALLAH".Semoga saya tersedar kembali kerana saya ini manusia biasa yang tak terlepas daripada alpa,lalai,lupa,suka keseronokan & melakukan kesilapan. Roommate saya,Kak Linda, suatu ketika dahulu pernah menegur saya.terima kasih Kak Linda,moga Allah melindungi akak daripada fitnah dunia ini.Amin.


Banyak lagi 'rasa' yang ingin saya kongsikan tapi cukuplah 10% ini sahaja selebihnya biarlah 'rasa' saya ini untuk modal bicara saya dengan Nya.


p/s: MATI ITU PASTI. HIDUP INSYAALLAH (ram)....& Nabi Saw pernah mengatakan bahawa mengingati mati dapat melembutkan hati yang keras. Semoga Allah memberikan taufik & hidayahNya kepada kita & keluarga kita & semoga Dia sentiasa membimbing kita agar kita tidak terlalu jauh daripada Nya. Semoga akhir hidup kita dalam keadaan yang diredhaiNya.Amin.







Wednesday, 4 January 2012

Rabu yg tak Berbicara


Ibu belikan purse baru ;)

p/s : tak mintak pun,dapat juga. Begitulah juga dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.stop.hari bisu!

Sunday, 1 January 2012

Impian

I have a dream, a song to sing 
To help me cope with anything 
If you see the wonder (wonder) of a fairy tale 
You can take the future even if you fail

Ni adalah sebahagian lirik I have a dream-Westlife. Kamu orang ada impian tak dalam hidup ni. Yelah asyik2 tahun baru je nak pasang azam/niat baru,tercapainya dak jugak. Pasang niat awal tahun,lepas tu sepanjang tahun tu niat tinggal niat jela pas tu dah nak akhir tahun sebok azam tak tercapai. Normal lar tu kan?? Mana yang berjaya capai keseluruhan azam diaorang baguslah.tahniah.

Bukanlah bermaksud saya ni 'anti azam' ke 'anti niat' ke, cuma saya tak berapa setuju konsep azam/niat hanya perlu dipasang pada stp awal tahun.Sepatutnya, azam itu perlu diperbaharui dari masa ke masa supaya kita termotivasi selalu.

Tapi lain dengan impian, ia merupakan perkara yang sentiasa berada di kotak fikiran kita sehinggalah kita mencapainya. Impian adalah sesuatu yang kita inginkan/cita-cita/angan-angan. Impian ini sama ada boleh menjadi kenyataan atau sebaliknya bergantung pada diri sendiri dan ketentuan Ilahi.

Jadi kamu orang ada impian? Saya ada banyak impian dalam hidup ini. Impian saya masa kecil saya tak ingat tapi saya ingat impian saya masa umur awal 20 tahun (tetiba rasa macam dah tua pulak) saya nak kahwin masa umur 25 tahun.kelakar betul.Impian seorang yang tak matang!!Tapi pada usia yang matang sekarang ini,saya mengimpikan beberapa perkara :-
  1. Mengunjungi Tanah Suci = Ya Allah, bertapa saya tak sabar nak pergi ke sana,tambah-tambah lagi lepas mendengar cerita drp ibu yang berjaya menunaikan haji beberapa tahun yang lepas. Sekurang-kurangnya sekali pun jadilah untuk menjejakkan kaki di sana sebelum nafas yang terakhir(kalau boleh nak berkali-kali).Allah Maha Pengasih,benarkan hamba Mu ini menjadi tetamuMu Ya Allah.Benarkan aku melihat rumahMu,sujud di hadapannya,mencium batu Hajar dan mengunjungi makam Nabi saw.Berilah aku kesempatan Ya Allah. Saya ingat hari tu saya dah nak daftar dekat tabung haji tapi tak jadi pulak sebab nanti tabung haji akan sekat RM1500. Saya sekarang ni masih belajar jadi duit yang saya kumpulkan (mph+GRA)dalam tabung haji tu saya nak gunakan untuk perbelanjaan saya.Jadi taklah saya bergantung 100% dekat ayah saya.Sebelum saya sambung master ni,saya keje sekejap kat mph nak kumpul duit untuk belanja2 belajar ni lah.Masa tu saya fikir andaikata saya tak da rezeki nak sambung saya nak gunakan duit tu nak p tanah suci.Allah Maha Mengetahui,so duit tu saya gunakan dulu untuk belajar ni,InsyaAllah lepas habis je nanti ada balance mencukupi saya nak terus daftar kat tabung haji.Sekarang ni list giliran dah panjangggg sangat wo ada tu tahun 2043 baru boleh pergi. Kepada sesiapa nak sponsor,periuk kawah saya tadahkan.hehehe.Doakan saya dapat ke sana ye ;)
Indah sungguh pemandangan ini



Dah panjang lebar lak bercerita. Lain kali lar sambung pasal impian ni (kalau ada mood).Apapun, apa impian pertama anda?

P/s: Impian boleh menjadi satu inspirasi dalam perjuangan kita tapi janganlah hanya mengimpikan tanpa melakukan sebarang strategi atau usaha ke arahnya.Bak kata prof.Muhaya dlm radio ikim "kita perlu memasang keinginan dahulu baru motivasi akan wujud dgn sendirinya" dan kata ust.Ghazali Ibrahim dalam segmen motivasi pagi radio ikim "Kita buat yang biasa2 je, yang luar biasa tu kerja Allah"Jadi kita tetapkan impian kita dan cuba berusaha mendapatkannya,resultnya kita serahkan pada Dia Yang Lebih Mengetahui


Penamat.Pengakhiran.Mati.

Tahun 2011 dah melabuhkan tirainya sebentar tadi...Bagaimana dengan tahun 2012???Adakah penamat kepada segala-galanya???Tidak kiralah sama ada 2012 penamat atau sebaliknya, marilah kita bersama-sama berusha memperbaiki diri kita dengan cara menjernihkan kembali hubungan kita dengan Allah, mengutamakan keluarga, melebarkan tali silaturrahim etc...

p/s:Benarkah penamatnya 2012??Kalau macam tu jom kita pakat2 tinggalkan segala hal keduniaan dan fokus kepada akhirat kita.Hmm...sebenarnya hanya Allah sahaja yang tahu biler akan berlakunya.Bahkan Nabi saw sendiri tidak mengetahui,apatah lagi kita manusia yang sangat lemah ni.Kalau kita percaya tilikan kaum maya ni,takut2 boleh jatuh kepada mensyirikkan Allah.Nauzubillah. Jika berlaku ia merupakan suatu ketentuan daripada Nya!! Marilah sama-sama kita berdoa agar akhir hayat kita dalam keadaan yang diredhaiNya.Amin.