Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi SAW....
Antara isi-isi pesanan terakhir Baginda Nabi SAW yang saya perolehi daripada hasil pembacaan:
- Anggaplah jiwa dan harta setiap umat Islam sebagai suci.
- Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
- Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
- Segala urusan melibatkan riba dibatalkan (diharamkan).
- Berwaspadalah terhadap syaitan yang akan cuba menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang kecil.
- Suami mempunyai hak ke atas isteri dan sebaliknya.
- Layan wanita-wanita dengan baik dan belemah-lembut.
- Sembahlah Allah.
- Dirikan solat 5 kali sehari.
- Berpuasa di bulan Ramadhan.
- Tunaikan zakat.
- Kerjakan ibadat haji sekiranya mampu.
- Setiap Muslim adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.
- Semua Muslim adalah sama kecuali takwa yang membezakan antara satu sama lain.
- Jangan terkeluar daripada landasan kebenaran (ajaran Rasulullah).
- Berpegang teguh pada Al-quran dan Sunnah.
- Sampaikan pesanan Rasulullah kepada orang yang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Rasulullah SAW.
- 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah -
Kamu orang boleh dapatkan buku Khutbah Terakhir Rasulullah untuk lebih memahami intipati pesanan Nabi SAW dengan jelas,InsyaAllah.
p/s: Marilah kita berdoa agar Allah memenuhi hati kita yang sangat kecil ini dengan cinta kepada Nya dan Rasulullah SAW. Semoga kita mengutamakan Rasulullah SAW daripada nyawa kita,keluarga dan segala isi dunia. Juga,semoga Rasulullah SAW mengaku kita sebagai umatnya. Nauzubillah,takutnya......

