Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Pesanan Kekasih

Selawat dan Salam ke atas Baginda Nabi SAW....

Antara isi-isi pesanan terakhir Baginda Nabi SAW yang saya perolehi daripada hasil pembacaan:

  • Anggaplah jiwa dan harta setiap umat Islam sebagai suci.
  • Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
  • Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu.
  • Segala urusan melibatkan riba dibatalkan (diharamkan).
  • Berwaspadalah terhadap syaitan yang akan cuba menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang kecil.
  • Suami mempunyai hak ke atas isteri dan sebaliknya.
  • Layan wanita-wanita dengan baik dan belemah-lembut.
  • Sembahlah Allah.
  • Dirikan solat 5 kali sehari.
  • Berpuasa di bulan Ramadhan.
  • Tunaikan zakat.
  • Kerjakan ibadat haji sekiranya mampu.
  • Setiap Muslim adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.
  • Semua Muslim adalah sama kecuali takwa yang membezakan antara satu sama lain.
  • Jangan terkeluar daripada landasan kebenaran (ajaran Rasulullah).
  • Berpegang teguh pada Al-quran dan Sunnah.
  • Sampaikan pesanan Rasulullah kepada orang yang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kata Rasulullah SAW.
- 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah - 


Kamu orang boleh dapatkan buku Khutbah Terakhir Rasulullah untuk lebih memahami intipati pesanan Nabi SAW dengan jelas,InsyaAllah.

 


p/s: Marilah kita berdoa agar Allah memenuhi hati kita yang sangat kecil ini dengan cinta kepada Nya dan Rasulullah SAW. Semoga kita mengutamakan Rasulullah SAW daripada nyawa kita,keluarga dan segala isi dunia. Juga,semoga Rasulullah SAW mengaku kita sebagai umatnya. Nauzubillah,takutnya......










Sunday, 5 February 2012

Kekasih

Salam & Selawat ke atas Baginda Nabi SAW.....

Nabi Muhammad SAW adalah merupakan anak kepada pasangan Siti Aminah dan Abdullah. Ayah Nabi SAW meninggal dunia sebelum Baginda dilahirkan lagi. Nama Baginda SAW telah diberikan oleh Abdul Muttalib iaitu datuk Baginda. Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Suwaibah iaitu hamba yang dibebaskan oleh Abu Lahab dan juga Halimah Saaidah iaitu daripada suku Saad.

Ibu Baginda SAW meninggal dunia semasa Baginda berumur 6 tahun dan kemudian dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib. Pada umur 8 tahun, Abdul Muttalib meninggal dunia dan Muhammad SAW dijaga pula oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda menikahi Siti Khadijah pada usia 25 tahun. Hasil pernikahan ini telah mengurniakan 6 orang anak iaitu Qasim,Abdullah,Ruqayah,Zainab,Ummu Kalthum dan Fatimah.Manakala Ibrahim adalah anak yang dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemua anak-anak lelaki Baginda meninggal dunia sejak kecil lagi. Sebaliknya,anak-anak perempuan hidup sampai ke zaman Islam. Nabi Muhammad hanya mempunyai 1 isteri sebelum meninggalnya Siti Khadijah. ......

Nak Tahu lebih lanjut dan detail lagi mengenai Kekasih Agung ini, sila dapatkan buku Biografi Muhammad bin Abdullah .Sangat menarik dengan cara tulisan yang santai, alar-alar novel gitu ;)


p/s: saya tak dapat apa2 komisyen ye.......marilah bersama2 kita pupuk rasa cinta pada Nabi SAW....tak kenal maka tak cinta.