Senario 1:
Keluarga Abu tu semuanya baik-baik belaka. Ayahnya seorang yang alim dan wara' dalam agama dan amat menitik beratkan islam dalam mengemudi keluarganya. Semua anak-anaknya berjaya menjadi orang-orang yang soleh dan berjaya tapi mengapa Abu tidak seperti adik-beradiknya yang lain. Abu pernah dilihat berada di sekitar kelab malam dan dengar cerita selalu meneguk air arak.Aisyh macam mana boleh jadi macam itu? Ayah punya wara' anak macam setan (maaf ayat kasar tapi norm digunakan umum)
Senario 2:
Ibu Nani adalah merupakan seorang pelacur manakala ayahnya tidak pernah Nani kenali. Secara dasarnya, pada pandangan khalayak Nani adalah anak haram yang jijik dan keji. Mana mungkin anak kepada seorang pelacur akan menjadi seorang yang baik.Mak borek anak mesti rintik punya.Segala yang berkait dengan Nani adalah haram.Namun menjadi satu kepelikan pada masyarakat kerana Nani bukan sahaja berjaya menjadi seorang doktor malah mempunyai akhlak yang baik dan pengetahuan agama yang mantap.Nani juga merupakan pakar motivasi dalam mendidik anak-anak yang telanjur.Semua penduduk setempat berasa hairan...
Hairankah anda semua? Adakah senario ini merupakan kepelikan untuk ianya terjadi? Tidak....ia tidak pelik! sebab apa saya berkata begitu? Pernah tak korang selak-selak sirah nabi-nabi? Cer tengok jap...Korang mesti tahukan ayah Nabi Ibrahim merupakan seorang pembuat patung berhala manakala Nabi Ismail dan Nabi Ishak merupakan anak-anak kepada seorang nabi (Ibrahim as)...Walaupun ayah Nabi Ibrahim pembuat berhala tapi Nabi Ibrahim bukan turut serta sebaliknya sentiasa mencari-cari Tuhan Yang Satu sehinggalah baginda menjumpainya.Satu lagi sirah adalah mengenai Nabi Nuh,baginda adalah merupakan utusan Allah tapi anak Baginda tidak mengikut ajaran bapanya itu.Pernah tak korang terfikir hikmah tersirat daripada situasi ini. Bagi pendapat saya dengan ilmu yang sangat cetek ini, saya merasakan Allah ingin menunjukkan bahawa iman itu bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi daripada keturunan tapi ia perlu diusahakan dan juga atas rahmat Allah.Macam mana sekarang? Hidayah itu milik Allah terpulang pada Nya kepada siapa yang hendak diberi Nya. Apa yang patut kita lakukan adalah berusaha dan terus berusaha walaupun adakalanya kita culas tapi jangan berputus asa dengan Nya. Tidak mungkin dapat kita makan isi durian jika kita tak berusaha membuka kulit durian.
p/s: berusaha dan berdoa agar Hidayah itu diberi kepada kita.Walaupun kita berulang kali melakukan kesilapan tidak bermakna kita perlu tarik diri dalam usaha ini dan tidak bermakna juga Allah sudah tidak mempedulikan kita lagi.Ingat Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Menerima Taubat.Kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya. Mana tahu pada masa kita memohon ampun daripadaNya dan pada masa itu juga Allah mengambil nyawa kita berbanding kita terus-menerus melakukan kesilapan tanpa meminta ampun padaNya.Nauzubillah.Moga Allah mengambil nyawa ini dalam keadaan Dia redha dan kasih pada kita.Amin.

