Tuesday 7 February 2012

Warisan ilmu

Hari ini selak-selak, salah bukan selak tapi scroll-scroll surat khabar terjumpa berita mengenai SIHIR. Hmmm....asyik-asyik sihir,ingatkan zaman serba canggih dengan teknologi yang touch-touch, manusia menjadi semakin up to date tapi menjadi semakin kuno dan terus kuno. Allah, kenapalah masih mempercayai ilmu sihir ini, budak IPT pun guna ilmu sihir untuk dapat result yang gempak dalam exam.kahkahkahkah geli betul sekeping hati ini. Nak kata tak tahu, belajar dah tinggi dah, sampai IPT lagi tu. Bagi saya orang yang terlibat dengan aktiviti sihir ini adalah orang yang PEMALAS DALAM HIDUP, CETEK ILMU AGAMA, DEGIL, CEPAT BERPUTUS ASA dan PENAKUT. 



Hmmm....macam mana ye asal usul ilmu SIHIR di dunia ini wujud? Jom, kita tengok surah Al-Baqarah ayat 102 :


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.
 

Pada zaman Nabi Sulaiman, syaitan telah mengambil peluang mengajar manusia ilmu sihir yang dahsyat sehingga mampu untuk memisahkan pasangan suami isteri. Nabi Sulaiman menjadi marah dan menghukum mereka yang terlibat dan menimbus khazanah ilmu sihir di sebuah tempat. Selepas bertahun-tahun yang kemudian, sekumpulan manusia yang berbangsa yahudi telah menemui khazanah sihir tersebut dan mempraktikkannya dan wujudlah kumpulan Freemason. Ilmu sihir syaitan-yahudi ini tersebar luas ke seluruh dunia sehingga kini dan tidak mustahil ilmu-ilmu khurafat yang diamalkan di nusantara Melayu juga merupakan warisan ilmu syaitan ini.Wallahualam.


p/s: ilmu sihir makin menjadi budaya masyarakat kita....tak caya tengok tv, boleh dikatakan 80% drama atau filem kita dipengaruhi dengan elemen khurafat ini. Ilmu sihir ni sangat bahaya boleh menyebabkan kita jadi syirik dan mempersekutukan Allah kerana meminta serta mempercayai ada kuasa lain yang lebih hebat daripada Allah.